Pages

Monday, January 3, 2011

  •                                        

    Pendaftaran 2011:

     

    Walaupun masih dalam tempoh cuti persekolahan, sesetengah daripada adik-adik sudah mula mendaftar untuk memulakan pembelajaran untuk tahun depan. Syabas kepada mereka yang membuat persiapan awal!

     

    Kelas intensif untuk murid UPSR, PMR & SPM akan bermula 1 Disember ini. Kita akan mengulangkaji topik-topik yang adik rasakan agak sukar pada tahun lepas dan juga akan diberikan pengenalan kepada pelajaran tahun hadapan. Sambil bercuti eloklah adik jenguk-jenguk pelajaran sedikit supaya tidak lupa terus dan menghadapi kesukaran nanti apabila persekolahan dibuka. 

     

    Terima Kasih atas sambutan yang amat menggalakkan dari murid-murid semua.  Kami warga kerja Tunas Minda juga amat berkobar-kobar untuk memulakan tanggungjawab yang di berikan kepada kami untuk mengajar dan memastikan semua keperluan murid dan ibubapa berjalan lancar.

     

    Kepada yang baru mahu mendaftar, datanglah ke pusat tuisyen antara jam 4 - 7 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Pada hari Jumaat, kami dibuka dari 9-12 tgh dan 3—7 petang.

     

    Selamat Berjumpa Kembali!!

     


No comments:

Post a Comment